Sunday 11 October 2015

Kapsul 2020


Mungkin dah terlambat untuk "backup plan".
Mungkin makin mustahil untuk jadi kenyataan.
Namun apa sahaja yang atuk nenek kita bimbang.
Makin jelas makin menjadi realiti.

Saat Tuah dan Jebat beradu tenaga.
Kita dah mula dijajah.
Saat kita mengukir masa depan.
Silap yang sama kita ulang semula.

Sejarah bukan untuk dibangga.
Namun untuk menjadi peringatan.
Kita pernah berkuasa.
Namun bangsaku sendiri yang menghancurkan.

Bukan siapa tuan punya tanah yang ditanya.
Tapi siapa yang sudi mencurah bakti.
Tidak peduli siapa orang pendatang.
Tapi siapa yang benar-benar bewawasan.

Kapsul 2020 telah lama dilancarkan.
Namun setiap zaman ianya perlu berubah.
Agar dia terus berkibar megah.
14 jalur yang melintang.
1 bintang 1 bulan menjadi saksi
Yang kami masih mahu berubah
Dan menjadi kuasa di bumi Allah ini.

Friday 9 October 2015

Hidup Segan Mati Tak Mau



Beberapa hari ni bos tak masuk office.
Lalu banyak masa terluang.
Banyak masa dihabiskan di laman maya.

Lalu tertarik untuk melihat keadaan semasa.
Keadaan yang memaksa manusia membuat pilihan.
Baik atau buruk.
Lalu mereka dihukum kerana keputusan itu.
Kita nilai. Kita hukum mereka.

Kenapa kita tak melihat puncanya.
Kenapa ada yang berdemostrasi?
Sebab mereka sudah tak nampak jalan lain.
Kenapa ada yang mencuri?
Sebab mereka sudah terdesak mencari sesuap nasi.
Dan banyak lagi.

Kita hukum.
Kita letak mereka di lembah hina.
Namun api yang membakar mereka kita tidak padam.
Lalu hanya masa yang menentu.
Ciptaan manusia dari manusia.

Ku lihat.
Ku sedar.
Namun bukan tempat ku.
Untuk mengubahnya.
Dalam keadaan terdesak.
Hidup segan mati tak mau

Wednesday 7 October 2015

Terima Kasih



Rasa macam baru je abis SPM. 
Rasa macam baru je daftar Polimas.
Tahun demi tahun macam roller coster.
Naik turun dgn cepat.

Aku tak sempat abadikan setiap kenangan yang ada.
Tak mungkin berganti namun bukan akhirnya lagi.

Terima kasih pada yang sudi mengajar aku. 
Pahit sakit ujian yang aku lalui.
Buat aku lebih kuat hari ni.
Manis madu yang aku rasakan.
Buat aku rasa betapa pentingnya 
Kita untuk tinggalkan kenangnan
Indah untuk orang lain(berbuat baik)
Kita takkan tahu betapa perlunya untuk orang tu.

Namun perjalanan ni masih jauh.
Lubang gelap masih banyak bersemunyi.
Namun apa yang aku harap.
Keluarga. Kawan baik. Si cinta hati.
Terus bersama. Kerana at end of the day. Tu sahaja yang penting